Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker

Special for you....

Happy birthday Aisya

Thursday, October 29, 2009

Salam......

3/10/09.... umur Aisya dah genap 6 tahun. Untuk tahun ni... Aisya memang benar2 minta supaya sambutan birthdaynya di buat kat sekolah. Since... ni adalah tahun terakhir Aisya sekolah kat situ, mak dan Abah setuju aje.

Memandangkan tarikh 3/10/09 tu jatuh pada hari Sabtu... maka kami berpakat untuk buat sambutan birthday Aisya pada keesokkannya. Dan, mak dah minta jasa baik dari Cikgu Ros, guru kelas Aisya, untuk merakamkan saat2 sambutan tu diadakan.

Alhamdulillah, dari gambar2 ni nampaknya Aisya dan kawan2 semua gembira. Walaupun persediaanya tak seberapa. Terima Kasih untuk Cikgu Ros dan semua kawan-kawan Aisya.


Aisya bersama dengan goodies yang baru siap dibungkus



Aisya bersama dengan Cikgu Ros. Terima Kasih Cikgu!



Kek Birthday Aisya yang semestinya berwarna pink!



Aisya tengah potong kek....... serius je.
Yang baju hitam kat belakang tu... Fawas



Ni kawan baik Aisya..... Mina tengah suapkan kek utk Aisya, yg baju merah tu Nadia dan yg tudung pink tu Nurin


Aisya suapkan semula kek utk Mina. Yang baju hijau kat belakang tu namanya Athirah


Bergambar sambil potong kek..... yg tudung kuning tu namanya Aina, yg nampak separuh tu namanya Najwa


Ini masa tengah baca doa makan beramai-ramai



Semua dah dapat goodies, tengah seronok tu...kawan2 Aisya yang ada di dalam gambar ni ialah Syakir, Aina, Marsha, Aqilah, Aisya, Faiqah, Syazreen, Athirah, Nadia, Nurin, Mina (duduk), Najwa dan Fawas kat belakang sekali.....



Terima Kasih untuk Cikgu Ros. Dan, terima kasih juga untuk semua kawan-kawan Aisya kerana telah menceriakan hari2 Aisya... memang dia seronok sangat. Happy Birthday untuk Aisya, peluk cium dari Emak, Abah dan Abang Haikal.












Dah naik Quran

Sunday, April 12, 2009

Biggest event hari ni, Aisya naik Quran, walau pun sepatutnya dari minggu lepas Aisya dah khatam Iqra, tapi Ustazah saja hold sampai hari ni mungkin nak bagi ruang untuk Mak dan Abah siapkan pulut kuning.

Biasalah bila sampai masa nak kena masak banyak2 ni Mak mesti jemput Wan dari Pekan, walau pun yang nak ditanaknya pulut kuning je.... nasib baik Wan boleh datang. So, satu hari ni memang Mak ngan Wan sibuk siapkan apa yang patut untuk dihantar ke kelas mengaji petang nanti.

Tengah hari, Aisya balik dari tadika tersenyum memanjang je...seronok benar dia...macam raya je...Hari ni tak payah suruh2 mandi nak g mengaji....semuanya cepat je..dibuatnya.

Macam biasa belum g mengaji, kena baca dulu kat rumah
sebab excited terlebih, tudung pun lupa nak pakai.


Hari ni special skit, kalau selalu mengaji depan Mak, tapi hari ni sebabnya 1st day
baca Quran, Aisya baca depan Aki.



30 bungkus Pulut Kuning dah siap!



Hadiah2 untuk Ustazah..... apa isi dalam? Rahsia!


Mak, Abah dan Abang Haikal ucapkan tahniah untuk Aisya.... rajin2 ngaji...biar cepat khatam.

Di Hari sukan.......

Saturday, April 4, 2009

3 April 2009, Tadika Aisya ada buat sukaneka. Macam biasalah kalau Aisya ada sukanneka satu rumah mesti ikut kecoh jugak. dua hari sebelumnya ada raptai penuh ..... sukaneka ni kali ni buat dekat padang Tadika Petronas. Masa raptai hari tu aisya pegi dgn rombongan tadikanya naik bas. Aisya macam biasalah bangga sesangat kalau dia boleh buat something tu sendiri cerita pasal tu memang tak habis punya... Abang Haikal gak yang boring dok dengar.

Pagi 3 April tu macam biasalah kecoh sebab semua orang kena pegi ke sukaneka tu... even Abah pun kena ambik cuti that day.. Cuaca tak baik sangat that day, paginya hujan tergendala sekejap upacara perasmian. Tapi lepas tu semuanya ok dan meriah lagi.

Tahun ni Aisya tukar members jadi ahli rumah kuning pulak, last year rumah biru. Last year Rumah biru menang jadi juara keseluruhan. Tapi, this year rumah kuning dapat last place... Aisya pun macam tak excited sangat. Tak pelah......dik...janji meriah. Kat bawah ni ada gambar2 yang sempat mak dan abah snap masa hari tu.


Ni dok tengah bersiap sedia untuk perbarisan.


Perasmian siap lepaskan burung merpati lagi



Perbarisan bermula, masa ni susah betul nak trace Aisya kat mana ...
semuanya nampak sama je


Pembacaan ikrar... tapi kenapa Aisya masam sangat??


Tengah bersiap sedia nak mulakan acara ni... aisy a masuk game "bom bom Air" Kena baling belon yg diisi dengan air kat patung bear.


tengah beraksi tu !!!




Dah dapat hadiah.... rumah kuning just dapat tempat ke 3
tak pe no hal punya.....



Aisya bergaya dengan hadiahnya


Dengan abang Haikal yang nampak macam boring je....


Oooo..... dah panas sangat... nak balik je



Aisya dengan hadiah2 yang dibuka bungkusanya.... hadiahnya tak berapa meriah la compare ngan tahun lepas....

Aisya tak sihat,

Thursday, March 12, 2009

Salam,

Blog ni memang betul2 lama tak update. Mak memang tak ada masa betul... sekarang ni aje free sikit. Ada banyak gambar2 Aisya yang nak di masukkan kat sini dah tergendala semuanya. Sekarang ni pun Aisya tak berapa sihat. Dalam masa sebulan ni every week Aisya asyik berulang ke Kuantan specialist Hospital (KSH). Mata kiri Aisya luka pada selaput mata hitamnya, dan luka tu dah pun terkena virus infection. Masa mula2 bawa dia jumpa doktor hari tu, dapat lihat ada 3 jalur luka pada mata hitamnya tu. Masa tu actually, mata kiri aisya tu dah tak boleh berfungsi 100% dah.

No wonderlah few days before dia asyik tutup mata kirinya bila nak tengok TV. Dan, selalu mengadu sakit kepala, sebabnya penglihatanya tak balance. Sekarang ni dah quite ok dah tapi still lagi kena pergi hospital untuk further treatment.

Kat sebelah ni gambar Aisya masa baru balik dari hospital. Abah saja tutup mata aisya tu sebabnya ia asyik berair dan aisya betul2 tak selesa. Sekarang ni every week aisya akan tuang kelas sebab kena pergi hospital.