Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker

Special for you....

Happy birthday Aisya

Thursday, October 29, 2009

Salam......

3/10/09.... umur Aisya dah genap 6 tahun. Untuk tahun ni... Aisya memang benar2 minta supaya sambutan birthdaynya di buat kat sekolah. Since... ni adalah tahun terakhir Aisya sekolah kat situ, mak dan Abah setuju aje.

Memandangkan tarikh 3/10/09 tu jatuh pada hari Sabtu... maka kami berpakat untuk buat sambutan birthday Aisya pada keesokkannya. Dan, mak dah minta jasa baik dari Cikgu Ros, guru kelas Aisya, untuk merakamkan saat2 sambutan tu diadakan.

Alhamdulillah, dari gambar2 ni nampaknya Aisya dan kawan2 semua gembira. Walaupun persediaanya tak seberapa. Terima Kasih untuk Cikgu Ros dan semua kawan-kawan Aisya.


Aisya bersama dengan goodies yang baru siap dibungkus



Aisya bersama dengan Cikgu Ros. Terima Kasih Cikgu!



Kek Birthday Aisya yang semestinya berwarna pink!



Aisya tengah potong kek....... serius je.
Yang baju hitam kat belakang tu... Fawas



Ni kawan baik Aisya..... Mina tengah suapkan kek utk Aisya, yg baju merah tu Nadia dan yg tudung pink tu Nurin


Aisya suapkan semula kek utk Mina. Yang baju hijau kat belakang tu namanya Athirah


Bergambar sambil potong kek..... yg tudung kuning tu namanya Aina, yg nampak separuh tu namanya Najwa


Ini masa tengah baca doa makan beramai-ramai



Semua dah dapat goodies, tengah seronok tu...kawan2 Aisya yang ada di dalam gambar ni ialah Syakir, Aina, Marsha, Aqilah, Aisya, Faiqah, Syazreen, Athirah, Nadia, Nurin, Mina (duduk), Najwa dan Fawas kat belakang sekali.....



Terima Kasih untuk Cikgu Ros. Dan, terima kasih juga untuk semua kawan-kawan Aisya kerana telah menceriakan hari2 Aisya... memang dia seronok sangat. Happy Birthday untuk Aisya, peluk cium dari Emak, Abah dan Abang Haikal.












Dah naik Quran

Sunday, April 12, 2009

Biggest event hari ni, Aisya naik Quran, walau pun sepatutnya dari minggu lepas Aisya dah khatam Iqra, tapi Ustazah saja hold sampai hari ni mungkin nak bagi ruang untuk Mak dan Abah siapkan pulut kuning.

Biasalah bila sampai masa nak kena masak banyak2 ni Mak mesti jemput Wan dari Pekan, walau pun yang nak ditanaknya pulut kuning je.... nasib baik Wan boleh datang. So, satu hari ni memang Mak ngan Wan sibuk siapkan apa yang patut untuk dihantar ke kelas mengaji petang nanti.

Tengah hari, Aisya balik dari tadika tersenyum memanjang je...seronok benar dia...macam raya je...Hari ni tak payah suruh2 mandi nak g mengaji....semuanya cepat je..dibuatnya.

Macam biasa belum g mengaji, kena baca dulu kat rumah
sebab excited terlebih, tudung pun lupa nak pakai.


Hari ni special skit, kalau selalu mengaji depan Mak, tapi hari ni sebabnya 1st day
baca Quran, Aisya baca depan Aki.



30 bungkus Pulut Kuning dah siap!



Hadiah2 untuk Ustazah..... apa isi dalam? Rahsia!


Mak, Abah dan Abang Haikal ucapkan tahniah untuk Aisya.... rajin2 ngaji...biar cepat khatam.