Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker

Special for you....

Cerita lawak Aisya

Sunday, September 7, 2008

Ada dua cerita lawak aisya yang mak nak kongsi kat sini. Dua-duanya pun ada kaitan dengan tidur.

Cerita pertama :
Masa cuti sekolah sempena sambut merdeka hari tu, cikgu bekalkan Adik kerja sekolah banyak sangat. Lebih dari biasa. Lepas puas mak ngan Abah suruh adik buat kerja sekolah barulah dia nak buat. tu pun nak buat depan TV tak nak buat kat dalam bilik dia. Lantaklah janji dia buat kerja dia. Masa adik start buat homeworknya tu duduknya elok aje tegak. Lama-lama, kepalanya dah lentok. Tau-tau, abang Haikal panggil Mak suruh tengok yang adik dah tertidur.


Kesian pulak Mak tengok anak mak ni sampai tertidur, punyalah buat kerja sekolahnya.



Yang bagusnya dalam lenanya tu pensilnya tegak lagi.

Cerita kedua :
Malam Ramadan ke-6, Mak dengan adik baru ada kesempatan ikut Abah dengan Abang Haikal ke masjid. Adik punya lah semangat lebih-lebih lagi dengan beg dan telekung baru. Selesai solat Isyak, mak tengok adik ok lagi. Pastu sambung pula dengan solat terawih, 2 rakaat pertama...ok lagi, 2 rakaat kedua.. adik dah berbunyi mengantuk. mak suruh adik sabar. Rakaat ke 5 adik sujud tak bangun untuk duduk antara dua sujud. Tapi elok aje dia bangun berdiri lepas tu. Rakaat ke 6 adik sujud terus tak bangun2 untuk tahiyat. Mak tahan gelak dalam hati. Mak memang dah agak dah adik mesti dah lena. Memang betul pun. Sayang masa tu mak tak boleh nak ambik gambar, kalau tak boleh jadi kenangan sampai bila-bila.

Mid-year result

Thursday, June 19, 2008

Lamanya tak up-date blog adik ni. Si princess ni pun awal-awal je semangat nak ber-blog, lepas tu senyap aje. Kalau dok depan komputer pun kerjanya kalau tak main game, tengok sin chan itu aje. Kesian mak tengok blog ni macam rumah kosong tak ada yang nak menjengah.

Tak apalah, hari ni biar Mak yang berceloteh kat sini. Mak nak sambung menyulam pun tangan Mak dah sakit, bengkak. Kena stop dulu. So masa yang ada terluang ni biar Mak yang ber-blog kat sini pulak. Mak nak cerita pasal result mid-year adik yang lepas. Mak pergi ambik result tu dah lama dah. Kalau tak silap, 18 May 2008. Tapi yang seronoknya ialah Mak memang tak sangka yang adik akan dapat result yang sebagus itu. Adik dapat tempat kedua dalam kelas dengan semua ujian lisannya dapat markah penuh dan ada beberapa subjek yang adik dapat full mark, kalau tak silap Mak antaranya adalah Bahasa Melayu dan Matematik.

Mak rasa terkejut dengan result adik tu bukannya sebab Mak tak yakin dengan capability anak Mak sendiri tapinya, selama ni adik tak pernah tunjuk pun minat nak belajar macam abang Haikal. Cikgu adik pun kata macam tu jugak. Sampaikan setiap hari sepanjang minggu periksa tu Mak kena pesan suruh adik jawab soalan betul-betul dan jawab sampai habis. Mak takut adik buat kerja separuh siap, macam yang biasa adik buat.

Tapi finally adik dah buat Mak proud sangat. Macam tulah princess Mak. Suka bikin kejutan!. Tapi yang Mak peliknya apasal lah adik claim hadiah yang murah sangat dari abah. Kalau Mak lah jadi adik, Mak mintak hadiah yang mahal-mahal, ni lah masanyakan kalau tak bila lagi. Akhir sekali Mak nak ucapkan TAHNIAH ADIK !!!!!.



First time menulis blog sendiri

Wednesday, May 28, 2008

hari ini aisya cuba tulis blog aisya sendiri. mak tolong aisya eja satu-satu. aisya rasa suka sangat. aisya nak tunjuk gambar aisya di rumah mak uda di johor.


cantik tak aisya? aisya pergi johor sebab Buyut aisya meninggal dunia. aisya tak sempat pun nak jumpa dia. last aisya jumpa dia masa aisya umur dua tahun. aisya rasa letihlah tulis banyak sangat. dah tak nak tulis lagi.

new template

Tuesday, May 27, 2008

Hari ini mak tukar template baru untuk blog adik. Life become more cheerful and beautiful. It's a nice template and Mak dapat dari birdie collections. Susah jugak nak decide yang mana satu nak guna since dengan owner yang sangat cerewet macam adik ni. Lepas cuba beberapa template, finally adik decide nak guna yang ni, this template named as secret garden.

Aisya Nabilah

Sunday, May 25, 2008

Usianya baru lima tahun, tapi bila akhir-akhir ini dia sering melihat abangnya sibuk menulis di blog, maka dia pun asyik merengek hendak punya blog sendiri. Sebab dah tak tahan sangat mendengar rengekan itulah maka blog ini terhasil.

Puteri tunggal dari dua adik beradik. Punya banyak gelaran di rumah, tetapi mak sentiasa memanggilnya adik. Sangat manja dan keletah. Entah apa perancangannya dengan blog ni tak siapa yang tahu. Biar pun manja adik sentiasa punya pendapatnya sendiri dan agak tegas juga. Jadi pengisian blog ini selepas ini terserah kepadanya. Buat setakat sekarang ini, rengekannya untuk punya blog sendiri akan terhenti seketika.

Happy blogging Adik!!!!!